BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 18, 2011

E-Kursus #2 - Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Salam Sejahtera Acibedal,

Bertemu kita kembali dalam siri ekursus yang kedua tentang 'Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex'. Kebanyakkan orang gagal / rugi di dalam forex. Mengapa ini terjadi?

Antara faktor utamanya adalah mereka terus sahaja memasukki pasaran forex tanpa mengambil tahu apa itu forex sebenarnya. Forex adalah sebuah perniaagaan. Oleh itu kita hendaklah menjalankan urusniaga forex sama seperti berniaga.

Contoh yang paling mudah di sini, anda ingin menjalankan perniagaan menjual roti canai, tetapi jika anda terus menjual roti canai tanpa mengambil tahu bagaimana membuat roti canai yang sedap dan mempunyai permintaan yang tinggi, adakah anda boleh Berjaya? Tidak bukan? Dalam forex juga sama, jangan bermula jika anda tidak memahami situasi pasaran forex yang sebenarnya.

Di bawah ini adalah kesilapan umum yang anda harus elakkan apabila menceburi bidang forex:


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda. Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian

Jika anda mahu membuat duit di forex, anda haruslah melindungi modal anda dengan cara mengunakan leveraj yang bersesuaian dengan modal anda. Belajarlah dahulu bagaimana menetapkan leveraj ke atas modal anda sebelum memasuki pasaran forex. Seelok-eloknya anda perlu ada 'Jadual Perancangan' untuk mengembangkan modal anda
secara berperingkat. Berikut adalah contoh jadual perancangan yang boleh anda ikuti bermula dengan modal USD100. Sila download melalui link di bawah:

[+] http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=7bMWY&m=LNrp_uVHiuReu_&b=FAiQ1H3fMlyuXWyZV4L5xw


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 2 : Berfikir membuat duit di forex adalah mudah
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika buat duit di forex adalah mudah, teori 95% trader baru kebanyakan gagal di dalam forex tidak akan wujud di dalam kamus perniagaan forex. Forex adalah satu perniagaan yang sangat kompleks dan pergerakkan pasarannya amat susah untuk diramal. Anda hanya boleh membuat duit di forex hanya jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan.

Jalan terbaik yang perlu anda lakukan untuk membuat duit di forex adalah mengkayakan diri anda dahulu dengan ilmu & teknik yang betul untuk bertrading di forex. Laburlah modal anda dahulu kepada ilmu pembelajaran forex sebelum melabur ke dalam akaun forex anda. Di dalam Kit Forex terdapat panduan lengkap untuk anda belajar forex. Maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman web ini KitForex melalui link di bawah ini:-

[+] http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=7bMWY&m=LNrp_uVHiuReu_&b=12.zcMqMTW8GobdCWWNMGA


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 3 : Berfikiran bahawa anda lebih bijak dari orang lain atau lebih bijak dari pasaran forex
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kadang-kala ada juga para newbie beranggapan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain di dalam hal trading di forex. Golongan ini kebanyakkanya terdiri daripada student ataupun golongan bijak pandai yang lain. Mungkin sebelum ini mereka pernah mengambil mata pelajaran forex (agaknyelah kot..) dan disebabkan itu mereka
beranggapan "alah.. forex ni senang.. aku pernah belajar dulu." Ini juga kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Ingat!! Apa yang anda belajar dahulu adalah 10% teori sahaja. Hakikatnya 90% lagi adalah praktikal yang perlu anda dalami lagi ilmu pengetahuannya. Forex lebih kepada pasaran semasa.

Satu lagi kesilapan biasa adalah, mereka beranggapan mereka lebih bijak dari pasaran forex. Contohnya kebanyakkan trader apabila harga sedang kencang melonjak naik, mereka akan meletakkan sell limit pada sesuatu point tanpa kajian terperinci kerana kononnya berharap harga akan turun pada point yang di tandakan sell limit itu. Adakah ini tindakkan bijak? Pelabur yang bijak sebenarnya mereka akan melakukan trading mengikut trend pasaran.

Jadi, inilah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para trader forex khususnya newbie semasa menjalankan trading di forex. Semoga melalui info ini, anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Sekian dulu untuk kali ini. Bertemu lagi dalam siri ekursus berikutnya berkenaan topik penting iaitu Masa Trading yang Terbaik

Monday, November 14, 2011

E-Kursus #1 - 5 Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex

Salam Sejahtera Acibedal,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengikuti Mini eKursus ini. Melalui ekursus ini, Anda akan belajar secara ringkas tetapi mengandungi maklumat yang berguna sebagai panduan untuk anda menjadi antara trader yang berdisplin.

Hari ini anda akan mempelajari 5 tanggapan salah yang sering menjadi tabiat para trader khususnya newbie yang boleh membawa bahaya yang besar ke atas trading mereka.

Diharapkan, selepas anda selesai membaca, anda tidak mengikuti tabiat pelabur seperti ini.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham, pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa.

Ramai trader yang mengangap trading forex semudah seperti bermain saham kerana pasaran forex buka 24 jam sehari. Mereka fikir, bila-bila masa sahaja boleh buat duit melalui forex tanpa menghiraukan risiko yang bakal mereka tanggung. Untuk trading di forex, anda perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang pasaran.
Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk trading di forex supaya dapat di selaraskan dengan strategi pasaran.

Selain itu, Indikator yang biasa anda gunakan di pasaran saham tidak semestinya boleh digunakan dipasaran forex. Pasaran forex lebih kompleks. Oleh itu, Indikator saham tidak boleh di gunakan ke atas trading forex.

Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 2 : Pasaran forex buka 24 jam sehari. Jadi saya boleh buat duit bila-bila masa sahaja
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekali lagi ingin kami katakan, tanggapan ini adalah salah sama sekali. Di dalam usaha untuk membuat duit di forex, kesungguhan dan keperihatinan perlu tinggi. Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari, namun majoriti pada waktu tersebut tidak boleh menghasilkan trade yang baik.

Maka di sebabkan itu trader yang bijak, adalah trader yang hanya trading pada waktu yang tertentu sahaja mengikut strategi yang telah di tetapkan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 3 : Di dalam forex tiada "trading fees". Maka, boleh buat trading banyak-banyak dalam satu hari
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sememangnya anda tidak perlu membayar komisen apabila membuka sesuatu posisi. Tetapi anda di kenakan spread iaitu perbezaan di antara harga bid & ask (diterangkan di dalam ebook Panduan Asas Forex)

Maka, semakin banyak anda membuka order atau trade, semakin susah untuk anda mencapai keuntungan ke atas trade anda kerana anda akan di kenakan kadar spread yang tinggi. Di dalam pasaran forex dan juga pasaran lain, trader harus mengelakan diri daripada melakukan "Over-trading".


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 4 : "Anda perlu bertindak berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran forex."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Anda perlu bertindak samada "buy / sell" sesuatu matawang berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran. Ini adalah tindakan yang SALAH sama sekali. Trader yang bijak, bertindak berdasarkan apa yang mereka nampak telah berlaku ke atas pasaran. Mereka akan analisis carta, membaca sesuatu laporan berita dan bertindak dengan segera mengikut pergerakkan pasaran. Berikut adalah laman web yang boleh anda lawati untuk melihat news yang
bakal berlaku ke atas sesuatu matawang:

- http://www.forexfactory.com/
- http://www.fxstreet.com/
- http://www.forexeconomiccalendar.com/


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 5 : Strategi yang rumit dihasilkan, adalah strategi yang terbaik.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ini adalah salah satu juga masalah yang berlaku ke atas trader kita. Mereka sering mencari jalan yang susah / rumit untuk menganalisa sesuatu chart dan menganggap keputusan yang dihasilkan melalui cara yang rumit itu adalah yang terbaik. Ini startegi salah!!

Strategi yang sebenarnya adalah hanya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian kita ke atas Indicator yang simple. Tidak perlu memeningkan kepala.

Wednesday, October 12, 2011

Merohu di Kolam Seksyen 24

Setelah sekian lama dirancang.... akhirnya geng JLKL telah berjaya mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun memancing pada 11/10 yg lepas. Dengan kekuatan ahli rombongan seramai 7 orang dan seawal jam 10 pagi maka misi memancing kali ini bolehlah dianggap berjaya.... haha... malas la aku nak buat ayat-ayat poyo ni.... korang tengok jelah gambar yg aku upload ni....

















Monday, August 15, 2011

Merohu di Kolam Pancing Gedangsa...

Sabtu lepas aku balik kampung..... sambil2 tunggu waktu berbuka tu, kitaorang (aku dgn adik aku) buat la aktiviti yang berfaedah ni..... apa lagi memancing la.... Sampai kat kolam lebih kurang pukul 11 pagi.... Round dulu satu pusingan tgk kolam ada ikan ke tak..... Aku tgk punya la banyak rohu duk main kat permukaan kolam, ni mesti kes kekurangan oksigen sbb kincir hanya akan di 'on' pada waktu petang sahaja. Bincang punya bincang, kitaorang decide nak mancing jgk dengan harapan banyak lagi geng rohu yg dok melepak kat dasar kolam..... Nasib kitaorang hari tu kira baik la jugak... takde la rentung je kat tepi kolam tu....















Wednesday, August 10, 2011

Kisah Budak Penjual Kueh.

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Mas ih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima .

Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Wednesday, June 22, 2011

Memancing di Kolam Danau Pinggiran Putrajaya.

Ahad lepas aku telah berjaya sampai ke kolam danau pinggiran ni. masa nak cari jalan first time dulu aku sesat dalam taman pinggiran putra... cari jalan nak masuk highway tak jumpa-jumpa... last2 balik jelah.... Ni first time aku mancing kat kolam ni... alhamdulillah.... menjadi jugak la... sila layan gambar di bawah ye....

















































Thursday, May 19, 2011

update memancing rohu lagi....

aku memang suka memancing tambah2 kalau ikan rohu.... part yg paling aku suka masa tunggu ikan ni makan umpan... punya la sopan... makan mcm pakai garpu... tapi sekali dah kena.... ko tengok dia punya lawan.... isnin dan selasa tadi aku mancing lagi... pot biasa bai world pondok depan surau.... hari pertama aku turun rohu 9kg, pacu 8kg... hari kedua rohu 12kg... dua hari berturut-turut.... lepas gian betul.... ni ada gambar masa aku mancing hari isnin tadi... sila layan ye....









Monday, March 28, 2011

Happy Birthday - kat aku...

Friday, March 25, 2011

DatoT & Anwar Conspiracy

Thursday, March 24, 2011

POT PONDOK DEPAN SURAU BAI WORLD

Wednesday, February 23, 2011

Like Father Like Son....

Budak ni pantang hari sabtu ahad je mesti dia tolong ingatkan aku pasal mancing.... ayat yang biasa dia guna..."papa jom kita mancing....." "mama kasi.....". kalau dah 20 kali sebut ayat tu je.... mana tahan... mesti turun nye.... lagi pun dah ada alasan kukuh.... haha...