BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 18, 2011

E-Kursus #2 - Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Salam Sejahtera Acibedal,

Bertemu kita kembali dalam siri ekursus yang kedua tentang 'Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex'. Kebanyakkan orang gagal / rugi di dalam forex. Mengapa ini terjadi?

Antara faktor utamanya adalah mereka terus sahaja memasukki pasaran forex tanpa mengambil tahu apa itu forex sebenarnya. Forex adalah sebuah perniaagaan. Oleh itu kita hendaklah menjalankan urusniaga forex sama seperti berniaga.

Contoh yang paling mudah di sini, anda ingin menjalankan perniagaan menjual roti canai, tetapi jika anda terus menjual roti canai tanpa mengambil tahu bagaimana membuat roti canai yang sedap dan mempunyai permintaan yang tinggi, adakah anda boleh Berjaya? Tidak bukan? Dalam forex juga sama, jangan bermula jika anda tidak memahami situasi pasaran forex yang sebenarnya.

Di bawah ini adalah kesilapan umum yang anda harus elakkan apabila menceburi bidang forex:


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda. Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian

Jika anda mahu membuat duit di forex, anda haruslah melindungi modal anda dengan cara mengunakan leveraj yang bersesuaian dengan modal anda. Belajarlah dahulu bagaimana menetapkan leveraj ke atas modal anda sebelum memasuki pasaran forex. Seelok-eloknya anda perlu ada 'Jadual Perancangan' untuk mengembangkan modal anda
secara berperingkat. Berikut adalah contoh jadual perancangan yang boleh anda ikuti bermula dengan modal USD100. Sila download melalui link di bawah:

[+] http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=7bMWY&m=LNrp_uVHiuReu_&b=FAiQ1H3fMlyuXWyZV4L5xw


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 2 : Berfikir membuat duit di forex adalah mudah
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika buat duit di forex adalah mudah, teori 95% trader baru kebanyakan gagal di dalam forex tidak akan wujud di dalam kamus perniagaan forex. Forex adalah satu perniagaan yang sangat kompleks dan pergerakkan pasarannya amat susah untuk diramal. Anda hanya boleh membuat duit di forex hanya jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan.

Jalan terbaik yang perlu anda lakukan untuk membuat duit di forex adalah mengkayakan diri anda dahulu dengan ilmu & teknik yang betul untuk bertrading di forex. Laburlah modal anda dahulu kepada ilmu pembelajaran forex sebelum melabur ke dalam akaun forex anda. Di dalam Kit Forex terdapat panduan lengkap untuk anda belajar forex. Maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman web ini KitForex melalui link di bawah ini:-

[+] http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=7bMWY&m=LNrp_uVHiuReu_&b=12.zcMqMTW8GobdCWWNMGA


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesilapan 3 : Berfikiran bahawa anda lebih bijak dari orang lain atau lebih bijak dari pasaran forex
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kadang-kala ada juga para newbie beranggapan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain di dalam hal trading di forex. Golongan ini kebanyakkanya terdiri daripada student ataupun golongan bijak pandai yang lain. Mungkin sebelum ini mereka pernah mengambil mata pelajaran forex (agaknyelah kot..) dan disebabkan itu mereka
beranggapan "alah.. forex ni senang.. aku pernah belajar dulu." Ini juga kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Ingat!! Apa yang anda belajar dahulu adalah 10% teori sahaja. Hakikatnya 90% lagi adalah praktikal yang perlu anda dalami lagi ilmu pengetahuannya. Forex lebih kepada pasaran semasa.

Satu lagi kesilapan biasa adalah, mereka beranggapan mereka lebih bijak dari pasaran forex. Contohnya kebanyakkan trader apabila harga sedang kencang melonjak naik, mereka akan meletakkan sell limit pada sesuatu point tanpa kajian terperinci kerana kononnya berharap harga akan turun pada point yang di tandakan sell limit itu. Adakah ini tindakkan bijak? Pelabur yang bijak sebenarnya mereka akan melakukan trading mengikut trend pasaran.

Jadi, inilah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para trader forex khususnya newbie semasa menjalankan trading di forex. Semoga melalui info ini, anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Sekian dulu untuk kali ini. Bertemu lagi dalam siri ekursus berikutnya berkenaan topik penting iaitu Masa Trading yang Terbaik

Monday, November 14, 2011

E-Kursus #1 - 5 Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex

Salam Sejahtera Acibedal,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengikuti Mini eKursus ini. Melalui ekursus ini, Anda akan belajar secara ringkas tetapi mengandungi maklumat yang berguna sebagai panduan untuk anda menjadi antara trader yang berdisplin.

Hari ini anda akan mempelajari 5 tanggapan salah yang sering menjadi tabiat para trader khususnya newbie yang boleh membawa bahaya yang besar ke atas trading mereka.

Diharapkan, selepas anda selesai membaca, anda tidak mengikuti tabiat pelabur seperti ini.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham, pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa.

Ramai trader yang mengangap trading forex semudah seperti bermain saham kerana pasaran forex buka 24 jam sehari. Mereka fikir, bila-bila masa sahaja boleh buat duit melalui forex tanpa menghiraukan risiko yang bakal mereka tanggung. Untuk trading di forex, anda perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang pasaran.
Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk trading di forex supaya dapat di selaraskan dengan strategi pasaran.

Selain itu, Indikator yang biasa anda gunakan di pasaran saham tidak semestinya boleh digunakan dipasaran forex. Pasaran forex lebih kompleks. Oleh itu, Indikator saham tidak boleh di gunakan ke atas trading forex.

Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 2 : Pasaran forex buka 24 jam sehari. Jadi saya boleh buat duit bila-bila masa sahaja
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekali lagi ingin kami katakan, tanggapan ini adalah salah sama sekali. Di dalam usaha untuk membuat duit di forex, kesungguhan dan keperihatinan perlu tinggi. Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari, namun majoriti pada waktu tersebut tidak boleh menghasilkan trade yang baik.

Maka di sebabkan itu trader yang bijak, adalah trader yang hanya trading pada waktu yang tertentu sahaja mengikut strategi yang telah di tetapkan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 3 : Di dalam forex tiada "trading fees". Maka, boleh buat trading banyak-banyak dalam satu hari
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sememangnya anda tidak perlu membayar komisen apabila membuka sesuatu posisi. Tetapi anda di kenakan spread iaitu perbezaan di antara harga bid & ask (diterangkan di dalam ebook Panduan Asas Forex)

Maka, semakin banyak anda membuka order atau trade, semakin susah untuk anda mencapai keuntungan ke atas trade anda kerana anda akan di kenakan kadar spread yang tinggi. Di dalam pasaran forex dan juga pasaran lain, trader harus mengelakan diri daripada melakukan "Over-trading".


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 4 : "Anda perlu bertindak berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran forex."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Anda perlu bertindak samada "buy / sell" sesuatu matawang berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran. Ini adalah tindakan yang SALAH sama sekali. Trader yang bijak, bertindak berdasarkan apa yang mereka nampak telah berlaku ke atas pasaran. Mereka akan analisis carta, membaca sesuatu laporan berita dan bertindak dengan segera mengikut pergerakkan pasaran. Berikut adalah laman web yang boleh anda lawati untuk melihat news yang
bakal berlaku ke atas sesuatu matawang:

- http://www.forexfactory.com/
- http://www.fxstreet.com/
- http://www.forexeconomiccalendar.com/


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tanggapan 5 : Strategi yang rumit dihasilkan, adalah strategi yang terbaik.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ini adalah salah satu juga masalah yang berlaku ke atas trader kita. Mereka sering mencari jalan yang susah / rumit untuk menganalisa sesuatu chart dan menganggap keputusan yang dihasilkan melalui cara yang rumit itu adalah yang terbaik. Ini startegi salah!!

Strategi yang sebenarnya adalah hanya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian kita ke atas Indicator yang simple. Tidak perlu memeningkan kepala.