BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

Resipi : Ikan Asam Pedas


kalo orang melaka yang sedap sekali guna ikan parang/ ikan pari/ ikan serkut (ada panggil lain tapi tak pasti apa rupa dia macam ikan siakap)

Bahan-bahan ( 1 keluarga boleh makan )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Apa jenis ikan pun buleh, janji korang suka ~

.

HADITH : Puasa Penyelamat Dari Api Neraka

Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

(al-Bukhari dan muslim)

Huraian

Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah,kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang di-tegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari-pada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguh-nya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di-akhirat kelak.

.

Wednesday, August 26, 2009

Petua Dapur

Topeng H1N1



.

Monday, August 24, 2009

Adik Beradik yg Sengal...

Seorang tua yang mempunyai 2 orang anak mewariskan dua ekor kuda kepada anaknya (Azwan dan Aznil). Setelah orang tuanya meninggal, dua anak ini berbicang tentang bagaimana untuk membezakan kuda mereka,

Azwan : ekor kudaku akan ku potong biar berbeza dari kudamu

Aznil : baiklah, jadi kita akan senang membezakan kuda kita.

Tidak beberapa lama kemudian, kuda Aznil juga terputus ekornya

Aznil : Bagaimanakah caranya untuk membezakan kuda kita ni sekarang?

Azwan : Aku tak tahu, bagaimana kalau kita jumpa pakar kuda untuk mendapatkan pandangan

Aznil : Baiklah.

Mereka pun pergi berjumpa pakar kuda tersebut. Setelah memeriksa kedua-dua ekor kuda itu lebih satu jam, pakar kuda itu keluar dan memberitahu hasil penelitiannya.

Pakar Kuda : Cara membezakan kuda kamu senang saja, kuda yang putih ini lebih tinggi satu sentimeter daripada kuda yang hitam.

Azwan dan Aznil sangat gembira dengan kehebatan pakar kuda tersebut.

.

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa Ramadan 1430H

Hari kedua berpuasa aku bawak family berbuka kat Station Kopitiam.. Kat situ je yang sempat singgah... perut dah lapar... semua sedap...


Papa.. Mama... Irfan..


Dina.. Insyi... Acu..

Patin 7.5Kg aku dah naikkan...

HAri ni lebik kurang pukul 11 setengah aku dah berjaya naikkan patin berat lebih kurang 7.5 Kg, kalau tak salah aku dekat 10 minit gak aku layan bagi patin ni penat... buka apa aku pakai tali 15lb je... kalau ganas2 mau putus tali aku tu... lepas naik je patin tu, aku terus bawak 'dia' ke kaunter untuk ditimbang dan dilepaskan semula. dapat la RM22.50. Ni la first time aku naikkan ikan yg sebesar tu... lepas ni aku targer nak naikkan tongsan pulak...


disebabkan aku tak kenal sesape kat situ yg boleh tlg ambilkan gambar aku dengan si patin ni, terpaksa la dia berposing dengan mesin penimbang je...








p/s: konon2 nak rehat la dulu memancing dalam bulan pose ni... tp mcm tak boleh je.... hehe....

.

Kelakar....

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........

Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?

.

Sunday, August 16, 2009

HAri ni aku Memancing Lagii..

Masuk hari ni dah enam kali aku buat lawatan ke kolam Bai World, tapi apa yg aku nak bagi tau memang world laa... hari ni aku pergi 3 jam je dapat la dua ekor patin dan seko pacu. Siap bawak pasukan sorak lagi tu... Kat bawah ni gambar masa kat sana. laaayannn....

















Buat sementara waktu ni aku ingat nak berehat dulu p memancing... tapi tak lama kot, lepas raya nanti sambung la balik... hehe...

.

Thursday, August 13, 2009

Kisah Nasi Bungkuss

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. . "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

.

LAwak Hari Ini..


(kalau rasa-rasa tak nampak click kat atas gambar tu)

Info H1N1



Apa itu H1N1
Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Cuti yang Indah....

Hari ni aku cuti sbb cuti taun banyak sangat... takut kalau tak habis dalam taun ni, kang kira burn la pulak... dari pada burn mcm tu je, baik aku pi memancing ada gak bestnye.... sampai pagi tadi dalam pukul 9 setengah... register terus memancing. mula-mula pakai cacing aku dapat la naikkan pacu 2 ekor. pukul 10 lebih member aku datang bawak umpan 'power', pakai umpan tu aku napat naikkan seko pati dan 2 ekor ruhu. kira puas hati la jugak... kat bawah ni gambar2 hasil pancingan aku...


Fatin (hehe)yang paling besar sekali tu hamid yg punya...












.

Friday, August 7, 2009

NO HP ANDA BETUL TAKK...

Cuba langkah2 di bawah ini.



* Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu

(bukannya 012,016 atau 019) ke kalkulator.



* Darab dgn 80



* Tambah 1



* Darab dengan 250



* Campurkan empat nombor terakhir telefon anda



* Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi



* Tolak 250



* Bahagi dengan 2



Cuba tengok kalkulator,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone anda?Kalau tak percaya, cuba sekali lagi..

.