BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 10, 2010

Terapi lubang hidung

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

Friday, October 8, 2010

6 Kelebihan Hari Jumaat

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda? Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.

Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.

Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.

Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.

Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Thursday, September 2, 2010

Lawak Pendek

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini…??

Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh…?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual: Yaa… memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



Pak Pandir Beli TV


Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……


Prasejarah

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?

Pakcik: Pakcik nie nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.

Pakcik: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?

Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.


Muntah-muntah

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.



ANAK DAN BAPA


Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!

Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?

Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.

Ayah: Apa yang cikgu tanya?

Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.

Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

Friday, August 27, 2010

Kisah ketam utk djadikan tauladan....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last seko pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Perasaan iri hati dan hasad diri sentiasa membelenggu diri melihat kejayaan orang lain.

Wednesday, August 25, 2010

SEJARAH & FADHILAT AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Monday, July 19, 2010

POSTER PANAS....

Friday, July 16, 2010

Malam tadi...

Assalamu'alaikum...

Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!

Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.

Entah berapa juta diorang dah ambik...

nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh...

kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...

Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?

cuba tengok keliling korang,

Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang

korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...

KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!

kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?

tak jumpa yobbb!!!

Tu pun korang nak bising-bising.

Berkorbanlah sikit, apa salahnya...

apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa???

Tak patriotik langsung!!!

yob...

negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,

inilah masanya nak tolong negara kita...

inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...

bila lagi nak berkorban untuk negara?

jangan kata nak lawan Israel

berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,

takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!

Sudah la yob

Cuba la fikir secara rasional...

guna la otak kepala lutut tu sikit

Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit

tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...

kalu makan 2 kali sehari

Cuba tukar diet tu...

makan 2 hari sekali....

Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali

Makan nasi, kandungan gulanya banyak,

elok sangat la kerajaan naikkan harga gula

apa orang kata...

kurangkan gula dalam minuman,

lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!

Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...

diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih

nak isi minyak penuh-penuh

nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!

banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen,

Kalu setahun dah berapa?

Ok jumpa lagi...

Assalamu'alaikum!!!!


copy paste by acibedal...

Thursday, May 27, 2010

pesanan utk ajibb..

judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.....

Thursday, May 20, 2010

insaf...

pagi ni aku bukak email... ada pulak budak opis ni forward video ni.... so sapa2 yg rasa banyak buat dosa dengan mak bapak tu bawak2 la bertaubat dan sementara diorg ada lagi kat muka bumi ni selalu2 la call or jenguk2 diorg...


Wednesday, May 19, 2010

Latest Base Lending Rate (BLR) Malaysia Increased From 5.80% to 6.05% in May 2010!

Malaysia BLR rate increase again!

Adjustment on Base Lending Rate (BLR) in Malaysia is made following by Bank Negara’s announcement to raise the overnight policy rate (OPR) by 25 basis points to 2.5% on 13 May 2010!

Both local and foreign banks in country have started to announce their latest BLR rate, respectively as below:

* BLR Affin Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR CIMB Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR Hong Leong Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR Maybank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR Public Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR RHB Bank = 6.05% (effective 19 May 2010)
* BLR Standard Chartered Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)
* BLR United Overseas Bank = 6.05% (effective 18 May 2010)


***** pening....pening.... harap2 bonus dan dividen naik la jgk taun ni...

relaxxx...

Thursday, May 13, 2010

best gak la...

layannn....




Sunday, April 25, 2010

Pacu Mengganas Di Bai World...

Semalam aku turun Bai World dengan harapan dapat la Rohu... sampai dalam pukul 1030 pagi... cuaca pun mendung2 je.. bancuh dedak... bagi rasuah skit... mula la memancing.. baru campak je dalam 5 minit, TiCa aku berbunyi.... yes! rohu pertama dah naik... gulung punya gulung... rupanya bukan si rohu spt yg aku jangkakan.... rupanya sang pacu... ish.. mcm mana ni, dedak power boleh naik pacu je... kalau mcm ni baik aku pakai cacing je.... Tapi takpe lah... org kata rezeki tangkapan pertama jgn di buang... campak lagi umpan... dalam 15 minit tica aku bunyi lagi... tgk2... pacu jgk yg naik. lepas tu dekat dua jam aku jadi bangau.... ish2.. tak boleh jadi ni...kena tukar strategi... ambik pelayar... terus aku cari cacing.... kalau korang nak tau... kat Bai World ni memang banyak cacing free... cuma nak kena pandai cari pot diorg lepak je... Bila aku start je pakai umpan cacing mata rambai, pacu tak henti2 naik... dalam masa sejam aku dah naikkan pacu 7 ekor... kira terubat la jugak hati, sebab tak dapat rohu tadi..... pacu pun pacu la.... kalau tolak balik dapat jgk rm2.50 sekilo. kat bawah ni ada gambar skit buat kenang-kenangan....


ni aku dapat sekali dua ekor... patut la ganas semacam masa dia tarik...






.

Thursday, April 22, 2010

Suasana Kempen Di Kuala Kubu Bharu Pada 22 dan 23 April 2010

Kebetulan aku ada kerja sikit di KKB. Biasa la bila ada pilihan raya ni... projek pun banyak la... tapi yg tak bestnye aku jugak yg nak kena buat sebutharga.... redho je lah kan.... sepanjang 2 hari aku kat sana... aku tgk KKB memang meriah... punya la ramai org. Bendera pun punya la banyak... jalan raya semakin melebar.... polis ramai, bomba ramai, FRU ramai, gerai-gerai jualan pun banyak... pendek kata, apa yg takde sebelum ni, hari tu semuanya ada. Bawah ni ada sikit gambar yg sempat aku snap masa kat sana.






































.

Saturday, April 17, 2010

Janji Kita - Spin

Nyanyian Rindu Buat Kekasih - Data

Zee Avi - Honey Bee with LYRICS!

Kantoi

Friday, April 16, 2010

Never Give-up



kalau korang jadi bangau tu... agak2 apa yg korang buat?

Tuesday, April 6, 2010

Memburu Rohu...

Dah lama rasanye aku tak update blog ni... org berblog, ko pun nak berblog... tapi bila nak update blog.... harammm.... punya la malas.... aku bukan apa bila rasa rajin nak update blog je... mesti takde idea... tapi bila dah ada bahan, malas pulak menaip...

oklah hari ni aku nak kongsi skit cerita trip memancing kat Bai World pada khamis minggu lepas. Sampai dalam dalam pukul 9.30 pagi terus gigih uli dedak... hari tu aku test resepi rohu baru.... dedak ayam campur minyak hitam... ramuan lain kalau nak tau kena bawak ayam golek seko dulu baru la aku bagi tau... Lebih kurang pukul sepuluh start la mancing.... dengan harapan nak dengar bunyi TICA baru aku ni menjerit... (hehe poyo je kan).

tunggu punya tuggu... rohu tak dapat jgk lagi... bayang2 bangau tu dah nampak2 dah... tapi nak jadi rezeki hari tu merasa gak aku melayan naikkan rohu dan seko pacu. Nasib baik tak bangau.... Sebelum korang layan gambar kat bawah ni, nak cerita la skit, hari tu dalam sejarah first time aku merasa pancing terjun dalam kolam. Selalu sebelum2 ni dok tengok pancing orang je masuk dalam kolam... tapi hari tu aku pulak yg rasa mcm mana perasaan org yg pancing dia terjum dalam kolam... hambik ko... cuak la jugak mula2 tu.. tak tau apa nak buat... nasib baik ada mamat sebelah tu yg tolong....kalau tak jadi tukun la pancing aku tu.