BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

Telefon Bimbit Hilang

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya..

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut:-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.

Thursday, October 22, 2009

Papa! bacakan kuat-kuat ye.....

Untuk bacaan papa & mama

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak Dan menikmati Hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang Akan Saya bentangkan pada mesyuarat tiga Hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap Terlalu manja.

"Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak Dengar,"
Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" Saya Bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.

" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke Lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah Permata Hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak Menyangka Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu Dia Beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh Ke Arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan Kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia Menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, Dua Minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena Tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak Lepas Memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri Dan Serena menikmati sarapan
Bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah Bacakan, okeylah TU!" Saya terus menyuap Makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi Suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu Seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila Pulak Dia keluar? Tadi Ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum Meluru Ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan Seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, Masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat Hatinya. "Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu Nafasnya Tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang Mama,Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil Membuka Matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun Sekadar Cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya Membuatkan Jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di Bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan Diri Dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan Cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi Katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air Mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak Dapat Mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, Saya Bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.

Kemudian setiap Hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah Dan Kesal Dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk Hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka Matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, Air Mata merembes Dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

.

TAKUT BINI

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

.

Wednesday, October 21, 2009

PELAJARAN JAWI HARI INI - HURUF KHA!



" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "

" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "

" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "

" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "



" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu... "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ..... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "



" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "

" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu ... "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "

" Huruf Khaaa ? "

Friday, October 16, 2009

Melabur dan menyimpan dalam ASB melalui Easy RHB

Mungkin ramai orang dah tau pasal ASB. Peluang ni hanya untuk Bumiputra sahaja... so aku rasa rugi sangat kalau kita yang Bumiputra ni tak ambik peluang dan bahagian dalam pelaburan ni. Banyak banyak unit amanah, ASB la yang paling tinggi pulangan dari segi Dividen dan Bonus.

Berikut adalah sejarah agihan dividen oleh ASB:

Tahun Dividen Bonus
1990 --- 8.0 --- 6.0
1991 --- 8.5 --- 4.0
1992 --- 7.5 --- 5.0
1993 --- 9.0 --- 4.5
1994 --- 9.5 --- 4.5
1995 --- 10.0 --- 3.0
1996 --- 10.25 --- 3.0
1997 --- 10.25 --- 1.25
1998 --- 8.0 --- 2.5
1999 --- 10.50 --- 1.5
2000 --- 9.75 --- 2.0
2001 --- 7.0 --- 3.0
2002 --- 7.0 --- 2.0
2003 --- 7.25 --- 2.0
2004 --- 7.25 --- 2.0
2005 --- 7.25 --- 2.0
2006 --- 7.20 --- 1.5
2007 --- 7.30 --- 1.25

Kita mungkin biasa dengar Pinjaman ASB, antara bank yang bagi kemudahan ini Maybank, RHB dan CIMB. Kat sini aku nak cerita pasal loan ASB dengan Easy RHB. Benda ni aku pun baru tau dan baru tiga bulan dilancarkan (julai 09). Apa yang bagusnye loan ni lima taun pertama kita cuma bayar faedah pinjaman sahaja, so dalam lima tahun tu kita boleh la menyimpan sambil kumpul modal untuk buat bayar pinjaman pokok. Benda ni baru sangat, kat Malaysia ni buat masa ni cuma ada dua je, kat Taman Sri Gombak dan satu lagi kat Senawang. Ni aku nak bagi alamat branch dia yg kat Taman Sri Gombak, No. 50, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Simple calculation yang aku nak tunjukkan kan sini adalah spt di bawah ni;

Katalah kita ambil pinjaman ASB RM100,000.000
So, bulan2 bayar cuma RM360.96 selama 5 tahun.
utk bayaran tahun ke-6 hingga tahun ke-20 bayaran adalah RM753.00 (5 + 15 tahun)

kiraan utk 5 tahun pertama.
Jumlah bayaran pinjaman dalam masa 5 tahun adalah;
= RM360.96 x 12 bulan x 5 tahun
= RM21,657.60

Anggaran keuntungan Dividen dan Bonus utk 5 tahun (katalah 8% setahun)
= 8% x RM100,000.00 x 5 tahun.
= RM40,000.00

So, Berapa keuntungan bersih yang kita dapat,
= Dividen & Bonus utk 5 tahun - Jumlah hutang utk 5 tahun
= RM40,000.00 - RM21,657.60
= RM18,342.40

Lepas 5 tahun kita dah boleh sama ada nak terminate loan ni atau teruskan bayar pinjaman. kalau kita dah tak nak teruskan bayar loan ambik la RM18,342.40 tu...

Untung ke tak, bayar RM21,657.60 dapat RM40,000.00 (anggaran dividen & bonus ASB pada kadar 8%) cuma dalam masa 5 tahun.
Lu pikir la sendiri....

Kat bawah ni ada gambar lebih kurang pasal easy-ASB ni...









(klik gambar utk besarkan)
.

Monday, October 12, 2009

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...

101%


From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
.

Saturday, October 10, 2009

Bangau Je...

Maleh nak crita banyak... tgk gambar je dah..





























Thursday, October 8, 2009

Siapa yang pernah nyanyi lagu ni... angkat tangan!!

"KEUNGGULAN TERBILANG"

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman, perjuangan
Takwa dan iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan, penulisan
Pengajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Disini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa

Memancing kolam di Bidor..

Ahad lepas (4/10) aku memancing lagi. Kali ni aku test satu kolam berbayar di Bidor (nama kolam tak ingat). Sampai dalam pukul 12 tgh hari. Kolam punya la besar... kalau tak salah aku ada la tiga kali ganda Kolam Bai World. Dah la tak berapa nampak ikan main-main, kolam pulak punya la besar... alang2 dah sampai aku test la jugak kolam ni. Alhamdulillah... nak jadi rezeki aku... dapat la jugak ikan pacu 5 ekor... berbaloi la aku jgk bayar RM20 untuk tiga jam. Kat bawah ni gambar suasana kat kolam tu.











SAKIT ITU SATU KIFARAH

Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Allah telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia yang dilakukan di dunia ini, biar betapa kecil sekalipun akan diperlihatkan kepada pelakunya dan akan dibalas di akhirat kelak.

Manusia sering mengalami sakit, kemalangan yang menyebabkan kehilangan pancaindera, kehilangan harta benda, kematian orang yang dikasihi, kebakaran dan sebagainya.
Manusia menganggap sebagai satu kecelakaan yang menyakitkan. Setiap orang cuba, berusaha untuk mengelakkan, namun, sekiranya Allah itu telah menentukan qadak dan qadarnya maka kecelakaan itu telah berlaku.

Tidak ada manusia yang tahu rahsia-rahsia di sebalik pelbagai kecelakaan atau kemalangan yang telah ditetapkan Allah. Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu walhal ia jahat bagi kamu.

Bencana dunia lumrahnya dapat ditanggung oleh manusia. Pada kebiasaannya, manusia akan menjerit ketika sakit atau merengek apabila penderitaan itu berpanjangan dan tidak berupaya menjerit. Manusia akan jatuh pengsan apabila kesakitan itu bersangatan.

Dengan itu manusia tidak akan berasa kesakitan. Hal demikian tidak akan berlaku ketika Allah mengazab atau menyeksa hamba-Nya di akhirat kelak akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba di dunia. Azab neraka akan berterusan. Kulit yang hangus terbakar akan diganti dengan kulit yang baru dan menerima seksa.

Abu al-Laithi menyatakan yang ia telah melawat Rasulullah s.a.w. ketika baginda sakit kuat. Ia telah menyentuh tubuh baginda dan berkata yang bermaksud: Panas badan tuan amat kuat. Baginda menjawab: Benar. Panas bagaikan panas dua orang daripada kamu. Lalu dijawab oleh Ab al-Laithi: Ini kerana tuan mendapat pahala dua kali ganda. Mendengarkan kata-kata itu baginda bersabda yang bermaksud: Benar. Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya, tidak ada seorang Islam di muka bumi ini ditimpa sakit atau lain-lain bala melainkan dihapuskan dosa-dosanya seumpama pohon yang digugurkan daunnya.

Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa.

Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Rintihan orang yang sakit adalah merupakan tasbih, jeritannya sebagai tahlil dan kegelisahannya daripada satu bahagian itu ke bahagian lain adalah jihad di jalan Allah dan akan dicatatkan baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan ketika sihat dahulu.

Hadis ini menjelaskan bahawa penderitaan sakit yang dialami oleh seseorang itu diberi ganjaran oleh Allah selain menebus dosa yang dilakukan sebelum itu. Terlalu besar ganjaran Allah kepada orang yang menderita kesakitan berdasarkan keterangan hadis tadi.

Dalam masa yang sama, sekiranya orang yang berkenaan tidak berupaya melakukan ibadah lagi, akibat kesengsaraan yang ditanggung, tempoh masa tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran amal yang pernah dilakukan sebelum itu. Hadis ini secara tidak langsung menggalakkan seseorang itu melakukan amalan sebaik boleh ketika hidupnya. Demikianlah kemurahan Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.

Pada kebiasaannya manusia itu akan lebih insaf andainya sesuatu bukti itu dapat dilihat dengan mata kepala sendiri. Hadis yang baru dijelaskan tadi boleh menyekat seseorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran ketika hidup, kerana kejahatan manusia itu tidak semestinya dibalas ketika di akhirat kelak. Itulah yang diistilahkan sebagai kifarah. Sesungguhnya balasan di dunia itu (kifarah) diberi oleh Allah ke atas hamba-Nya yang dikasihi.

Pada satu ketika, seorang lelaki telah datang menemui rasulullah mengadu yang harta bendanya telah habis, manakala tubuh badannya sakit. Mendengarkan aduan itu rasulullah berkata: Tidak baik seorang hamba yang tidak kehilangan harta bendanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah itu apabila Ia mengasihi seorang hamba, ia akan mengujinya dan apabila ia diuji, maka Allah s.w.t. akan memberinya kesabaran.

Tugas manusia itu adalah berusaha berlandaskan kepada ketetapan yang disyariatkan. Berusaha mencari nafkah untuk keperluan hidup dan berubat apabila sakit. Setelah itu seseorang itu perlu bertawakal, menyerahkan diri kepada Allah dan reda dengan ketentuan Allah tidak kira sama ada ketentuan itu baik seperti yang diharapkan atau buruk seperti yang cuba dihindarkan. Itulah yang dinamakan sebagai “qana’ah” iaitu reda dengan ketentuan dan ketetapan Ilahi. Andainya seseorang itu berupaya memahami hakikat ini, ia akan beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Dalam menerima ujian dan bala Allah seseorang itu perlu sabar. Sesungguhnya balasan orang yang sabar itu amat besar (az-Zumar: 10). Menyentuh tentang kesabaran, rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t telah berfirman: Apabila aku menghadapkan kepada seorang daripada kalangan hamba-Ku satu kecelakaan pada tubuh badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerimanya dengan kesabaran yang baik, nescaya Aku malu daripadanya pada hari kiamat, bahawa Aku akan tegakkan baginya neraca timbang amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal.

Sakit pada pertimbangan mata kasar adalah bala. Hanya Allah mengetahui kenapa seseorang itu sakit. Mungkin ia ditentukan sebagai kifarah atau sebab-sebab lain, seperti kerana mengangkat makam seseorang ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Ternyata di sini bahawa sakit itu merupakan satu jalan yang memang telah ditetapkan untuk tujuan tertentu. Dalam pengertian lain, tanpa sakit, kifarah yang dikenakan tidak terlepas. Kerana itu sakit itu perlu dikenakan untuk tujuan tersebut, tidak kira sama ada sakit itu hanya untuk tujuan tersebut, tidak kira sama ada sakit itu hanya untuk sementara, iaitu dalam jangka masa pendek atau panjang atau hingga membawa mati.

Keterangan ini mengajar manusia agar mereka tidak gusar andainya mendapati ada orang yang tidak sembuh-sembuh sakitnya, biarpun setelah puas berubat. Tugas manusia ialah berikhtiar, manakala penyembuhnya adalah urusan Ilahi.