BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 9, 2010

Maybank naik BLR 5.8%

KUMPULAN Malayan Banking Berhad (Maybank) menyemak semula Kadar Pinjaman Asas (BLR) daripada 5.55 peratus setahun pada masa ini kepada 5.8 peratus setahun mulai hari ini.

Kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Islamic Berhad juga diubah daripada 5.55 peratus kepada 5.8 peratus, kata Maybank dalam satu kenyataan semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, semakan semula kadar faedah itu berasaskan pelarasan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih baik daripada segmen perniagaan teras, memanfaatkan persekitaran ekonomi yang semakin meningkat serta lebih ramai pelanggan mengambil peluang terhadap kepelbagaian penawaran perkhidmatan dan produk,” katanya. - Bernama

Tuesday, March 2, 2010

Gambar Trip Memancing

Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang aku ambik masa trip memancing dan belum pernah aku masukkan dalam blog ni.... kalau gian2 dah lama tak turun mancing gambar2 ni la pengubat gian mancing aku.... sekarang ni tgh nak belajar ilmu rohu... bila dah habis semua ilmu berkaitan jenis2 ikan ni... baru la aku nak belajar ilmu nak jadi toke kolam pulak... sambil memancing sambil trade... huii.. siokkk.. nye....