BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

Cawangan Baru EASY RHB...

Baru-baru ni aku terjumpa iklan berkaitan easy RHB kat dalam Harian Metro... dah banyak cawangan rupanye diorg ni... dulu masa aku mula2 buat easy ASB diorg ada dua cawangan je... bagus la... boleh la tolong org melayu/bumi mana yg berminat nak melabur dalam ASB. Kat bawah ni ada gambar keratan iklan tu.... saja nak kongsi info ni dengan korang semua.



Panduan untuk Pemburu Kerja.....

Kat bawah ni ada sedikit panduan kepada sesiapa yang tengah mencari kerja. Mana la tau boleh membantu serba sikit....

Contoh Soalan Temuduga Kerja Swasta

Ini adalah berdasarkan Informasi yang dipetik dari internet dan juga pengalaman yang diceritakan . Soalan-soalan temuduga sentiasa berlainan mengikut jawatan . Walaubagaimanapun asasnya boleh dijadikan panduan.

Tell me about yourself.
Ceritakan tentang diri anda
Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

Why should we hire you?
Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?

Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest . Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.

Why do you want to work here?
Mengapa anda memilih syarikat ini?

Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework . Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat – maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

What is your greatest weakness?
Apakah kelemahan anda yang paling ketara?

Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah – langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.

Why did you leave your last job?
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?

Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati – hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.

Describe a problem situation and how you solved it.
Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.

Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih – lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah – langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.

What accomplishment are you most proud of?
Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?

Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti – kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

What are your salary expectations?
Berapakah gaji yang anda harapkan?

Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa – apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gajiyang anda inginkan, misalnya RM2000 – RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.

Sumber : www.ambang-kerjaya-impian.com

Tuesday, January 5, 2010

Elak skim dagang mata wang asing

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihati orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana pelaburan haram atau program latihan dagangan mata wang asing yang ditawarkan individu atau syarikat.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, BNM berkata, orang ramai biasanya tertarik untuk menghadiri program pelaburan atau latihan yang menjanjikan pulangan segera dan besar.

Katanya, modus operandi program seperti itu menawarkan latihan, seminar, bengkel percuma untuk menarik pelabur, sebelum menjemput mereka membuka satu akaun dagangan mata wang asing dengan sebuah syarikat utama.

Syarikat itu dikatakan mempunyai lesen sah untuk berdagang mata wang asing di seberang laut.

Ia termasuk menyediakan akses mudah ke laman web syarikat utama dan memudahkan dagangan mata wang asing secara online oleh pelabur serta bagi mengambil siswazah baru sebagai eksekutif pemasarannya.

Siswazah juga digalakkan untuk menarik ahli keluarga dan rakan mereka untuk berdagang mata wang asing.

Program itu turut menghendaki pelabur mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun bank untuk memulakan dagangan mata wang asing dan akan meminta ditambah bagi mencukupkan jumlah yang berkurangan berikutan pelaburan awal masing-masing (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA), adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk membeli atau menjual mata wang asing atau terbabit dalam sebarang perbuatan atau mempunyai kaitan atau membuat persediaan di dalam membeli atau menjual mata wang asing dengan sebarang orang atau selain daripada peniaga yang dibenarkan. � Bernama

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010...



Rasanye belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan 'selamat tahun baru 2010' utk pengunjung blog aku ni....(ada ke... setahu aku wife aku je yg rajin bukak blog ni tiap2 hari). Apa azam korang utk tahun ni?? Aku punya azam taun ni nak cari kerja baru... dan yg paling penting aku nak diri aku dan family agar berjaya di dunia dan di akhirat... amin...